Saturday, November 20, 2010

Sorotan Majlis Aqiqah & Korban

Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis Aqiqah & korban yang julung kalinya di adakan di Taman Sepadu Baru.Majlis berjaya diadakan dengan jayanya dengan penuh semangat kejiranan dan saling tolong-menolong dalan melincinkan perjalanan majlis.
Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada Hady selaku tuan rumah serta pak Abas,Radhi (suspek),Pak Jang,Pak Lang Kie di atas tunjuk ajar dan panduan dalam menjayakan majlis ini.
Sorotan gambar menarik......
Jaswari @ Janggut coordinator majlis aqiqah & Korban
<--Pak Tam dengan pisau kontotnya...







Otai-otai bahagian masakan....

...




Tuan rumah dok tengah pasang khemah da...En Hady (Chief Coordinator Majlis Aqiqah & Korban)













_________________________________________________________________

Thursday, November 11, 2010

Hukum Lelaki Memakai Gelang

Lelaki Haram Bergelang Tangan
Dilulus terbit pada Friday, December 07 @ 14:39:50 PST oleh SongkokPutih

Bicara Agama Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim

Tuesday, October 26, 2010

Jamuan Hari Raya

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kejiranan dari Jalan Sawi 2,3,4,5 kerana telah berjaya mengadakan Jamuan sempena hari Raya Aidilfitri dengan meriah dan jayanya untuk kali yang kedua.Segala sumbangan berbentuk wang ringgit,makanan,tenaga amatlah kami hargai ,semoga ikatan persaudaraan sesama kita dan ukwah berkekalan dan budaya ini dapat diteruskan untuk tahun yang mendatang.
_____________________________________________________
Jawatankuasa terlibat : PakTam,Hady,Sayuthi,Usop,Fahmi,Fauzi,Ust Amir,Ust Sarbini,Ust Sham,Rani,Jasmin,Suhairi,Sofi,Isa,Nasrul,Shamsul,Janggut,Elly,Mazari,Jasni,Amiruddin,Zakaria,KakUmi,

Perjumpaan RT Taman Sepadu.

Perjumpaan RT untuk membincangkan tarikh mesyuarat Agung yang pertama dan agenda yang bakal dilaksanakan :-
Tarikh : 31.10.2010 [Ahad]
Masa : 09.00am
Tempat : Dewan Lama,Taman Sepadu

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Asri

Monday, October 25, 2010

Aturcara Majlis

16.11.10
9.00am ~ 11.00pm -Bergotong-royong memasang khemah
9.00pm ~ 12.00pm -Takbir raya di pondok 5,kupas kulit bawang/Ubi/lain2.
17.11.10
8.30am -Sembahyang Hari Raya,Masjid Jamek,Tasek Gelugor.
9.00am -Ke tempat sembelihan,Pokok tampang [Rumah bapak Janggut]
11.00am ~ 3.00pm -Persedian memasak,secara bergotong-royong dikelola oleh Pak Abas & Radhi (Suspek)
Menu
-Nasi Minyak -PIC - Pak Abas/Radhi(Suspek)
-Ayer Asam -PIC - Radhi
-Daging Rebus/Sup - PIC-Hady/Sayuthi-Secara bergotong Royong

4.30pm -Jamuan/Kenduri.
10.00pm -Majlis bersurai.

Turut mengundang Hady/Rani/Nasrul/Sayuthi/Usop/Shamsul/Emak Sayuthi.

Sunday, October 24, 2010

Program Hari Raya Korban

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa Jalan Sawi 4 akan mengadakan program Raya Korban 17hb Oktober 2010. Kenduri akan diadakan selepas Solat Asar. Lokasi majlis kenduri adalah dihadapan rumah No 45/47 Jalan Sawi 4. Tuan - tuan dan puan-puan dijemput untuk meramaikan majlis kenduri yang diadakan nanti. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Hady - 019 - 4603329
Rani - 012 - 4495794
Usop - 012 -5671585
Janggut - 019 - 5931221

Dimaklumkan juga, sekiranya ada sesiapa yang mempunyai minat untuk melakukan korban, masih ada peluang (tetapi tidak termasuk didalam program kenduri). Sila hubungi kami sekiranya anda berminat.

Thursday, October 14, 2010

Tazkirah Jumaat

Salam,

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

WASSALAM

Thursday, April 1, 2010

Pembekal Daging Segar JHA



Inginkan Daging Lembu & Daging Kerbau Segar......?Tak perlu pergi jauh,di TAMAN SEPADU terdapat pembekal utk menyediakan daging segar yg di jamin bermutu tinggi sepadan dgn harga yg di tawarkan.Jika ingin keterangan yg lebih lanjut sila hubungi :
  • JASWARI BIN AHMAD @ lebih dikenali dgn panggilan 'Janggut' di talian ............
  • 012 - 566 4074
  • 019 - 593 1221
  • 016 - 433 2112

atau boleh terus ke ladang ternakan dan penyembelihan di alamat :

  • 4963 Jalan Pokok Tampang
  • 13300 Tasek Gelugor
  • SPU,Pulau Pinang

JHA Maju Enterprise juga turut menawarkan :-

  1. Pembekalan Daging Lembu & Kerbau Tempatan
  2. Pembekalan Lembu & Kerbau Tempatan.
  3. Perkhidmatan utk tujuan Kenduri,Aqikah,Korban,Ternakan & sebagai.

__________Harga boleh di runding_______




Monday, March 29, 2010

Post TMN SEPADU


Atas semangat kerjasama & satu padu maka terbinalah 5 buah pondok sbg post kawalan di TAMAN SEPADU.
Tujuan pondok-pondok ini di bina adalah sbg tempat pemantauan utk membendung gejala yg tidak sihat di TAMAN SEPADU seperti Kecurian,Ragut,Pecah Rumah & Maksiat.Pondok ini bukan sahaja menjadi tmpt pemantauan tetapi turut digunakan sebagai tempat utk menjalankan aktiviti sesama jiran tetangga seperti memasak bubur lambuk,Asyura,BBQ serta pelbagai lagi.Jika di lihat dari rekabentuk pembinaan pondok-pondok tersebut kita dapati penduduk di TAMAN SEPADU mempunyai idea yg kreatif dlm pembinaanya dgn menggunakkan sumber yg terpakai.Namun apa yg kita lihat ini bukannya melalui proses yg mudah utk dilaksanakan jika tiada permuafakatan & sikap saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Cadangan Pondok Kawalan 5 - Program Korban

Assalamualaikum,

Pondok Kawalan 5 bercadang untuk mengadakan program korban.
Keputusan masih di tahap perbincangan. Insya allah segala keputusan bakal diumumkan tidak lama lagi. Sebarang pertanyaan atau cadangan, sila ajukan pada:

1) Saudara Mizi
2) Saudara Hady
3) Saudara Usop (Pak Cop Artis)
4) Saudara Mat Fauzi
5) Saudara Janggut

Sekian,

Wassalam

Sunday, March 28, 2010

Sumbangan dari YB


Terlebih dahulu saya sebagai wakil dari Jawatankuasa Penaja RT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB di atas sumbangan beliau kepada penduduk TAMAN SEPADU yang berupa :-
  1. Sebuah khemah(20X20) utk kegunaan penduduk Taman Sepadu.(Skrg disimpan di rumah Mat Ali Roda 3 buat sementara waktu).
  2. Walkie Talkie(Motorola) 4 unit (Skrg disimpan oleh Firman).
  3. 'Skittel' (Kon Keselamatan) sebanyak 10 unit (Skrg disimpan oleh Firman).
  4. Bola Takraw 5 Biji (Skrg disimpan oleh Rani utk diagihkan).

Permintaan di bawah juga akan dipertimbangkan oleh YB utk tindakkan susulan :
  1. Pembesaran longkang utama utk mengelakkan dari aliran air yg tidak lancar semasa hujan lebat serta utk mengelakkan dari berlakunya "Banjir' kilat yg akan menyebabkan kerugian & kerosakkan harta benda.
  2. Pembinaan gelanggang Futsal di TAMAN SEPADU.
Adalah menjadi harapan penduduk di Taman Sepadu agar permintaan ini dpt dipertimbangkan oleh YB dgn sewajarnya.

Friday, March 26, 2010

Artist


Actor 'Anak Mamak menantu Mami'...uCOp

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, March 24, 2010

IKLAN - SILAT LIAN PADUKAN

Assalamualaikum,

Ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Lian Padukan cawangan Pulau Pinang sedang giat mencari ahli baru untuk sessi 2010. Terbuka untuk semua lapisan masyarakat dan kaum. Sedikit tentang Lian Padukan:

"Lian Padukan in its present form is a systematic method for close-quarter combat, based on clear principles, which are developed through a logical and coherent training process. Divided into five levels Lian Padukan teaches the exponent first how to use the various weapons of the human body, how to entice the opponent into attacking and then to deliver devastating counters. The Lian Padukan practitioner delivers a continuous barrage of techniques until the opponent is completely demoralised and unable to continue."

Lian Padukan tidak mempunyai Seni Tari dan Mengunci. Ia lebih kepada offensive system berbanding defensive system. Atau dalam bahasa silat, Lian Padukan akan memulakan serangan dan bukan menunggu serangan.

Tempat dan Masa adalah seperti berikut:

Tempat: Dewan Fasa 2 Bertam Putra (Dewan rumah Dua Tingkat).
Masa: Setiap Sabtu Malam Jam 9.30pm.

Sila Hubungi :- Hamdan 016 4001705
Cikgu Syam 012 6531372
Afzal 019 4603329

Sila Layari www.lianpadukan.com atau klik di link lianpadukan-penang di bahagian link dalam blog taman sepadu.

Bersenam sambil bersilat.
Wassalam.

Pondok Kawalan 5


Penaung : Ustaz Sarbini
Pengerusi : Ramhizi (Putera Adam)
N.Pengerusi : Rashidi (Pak Tam)
Bendahari : Mohamad (Mat Fauzi)
Ketua Keselamatan : Jaswari (Janggut)
N.Ketua : Ustaz Amir
AJK tetap :
1-Rany (cOboy)
2-Zairi (Elly)
3-Sidi (Oblong)
4-Jasmin (Cikgu Min)
5-Zawawi (Cikgu Awie)
6-Pak Nan (Ayahda)
7-Haji Radhi (Suspek)
8-Hady
9-Usop (Pak Tongko)
10-Ali
11-Ustaz Sham

Unit Rondaan Sukarela(External Team)
1-Be$$
2-Abg CiK
3-Bob

Jemputan ke Majlis bersama YB


Assalamualaikum,

Satu Majlis bersama YB Mohamed Nor Yaakob akan diadakan pada :

Tarikh : 27.03.10
Hari : Sabtu
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Perkarangan Kompleks Tasek Gelugor
(Berhadapan rumad Mat Ali roda 3)


Agenda :
1-Lawatan kerja/perjumpaan dengan peniaga gerai Kompleks Tasek Gelugor.
2-Majlis suai kenal dengan penduduk Taman Sepadu (seisi dialog).
3-Majlis penyerahan 'Walkie Talkie'.

Monday, March 22, 2010

Peringatan


Kes pecah rumah serta kehilangan harta benda kembali menghantui penduduk -penduduk di Taman Sepadu. Jesteru itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membendung serta membenteras gejala kurang sihat ini.Sebagai langkah berjaga-jaga untuk pencegahan daripada jenayah ini berleluasa,sila pastikan :

1-Setiap pintu rumah,tingkap sentiasa berkunci.
2-Rekaan grill pintu & tingkap bukan sahaja cantik di pandang tetapi selamat.
3-Jiran-jiran terdekat dimaklumkan sekirannya ingin meninggalkan rumah dlm jangka waktu yg panjang.
4-Keadaan sekeliling rumah semasa hendak keluar @ kembali dr tempat kerja.
5-Tiada benda-benda berharga ditinggalkan di dlm motokar seperti telefon,laptop,beg duit,handbag.
6-Nombor talefon anda diketahui oleh jiran-jiran terdekat supaya senang untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan @ dimasuki oleh org yg tidak dikenali.

Kuliah

Assalamualaikum,sekalung tahniah dan setinggi penghargaan kepada Ustaz Sarbini yang sudi melapangkan masa di hujung minggu untuk memberi kuliah daripada kitab Hidayah Salikin serta rakan-rakan yang berkesempatan mengikuti kuliah yang pertama pada 21.03.10.

Thursday, March 18, 2010

Kuliah Hidayatus Salikin

Assalamualaikum,

Kuliah Kitab Hidayatus Salikin akan bermula pada Ahad (21 March 2010).

Waktu: Selepas Maghrib. (Selesai Solat Jemaah Maghrib)
Tempat: Dewan Lama Taman Sepadu (Berhadapan jalan Sawi5).
Penceramah: Ustaz Sharbani

Sekian Terima Kasih

Tuesday, March 16, 2010

Aktiviti: Kuliah Kitab Hidayatus Salikin


Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa syarah kitab Hidayatus Salikin akan bermula tidak lama lagi.
Kitab ini akan disyarah oleh Yang Bahagia Ustaz Syabani.

Tajuk: Hidayatus Salikin
Karangan: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani

Terima Kasih diucapkan kepada pihak Pondok 5 atas usaha mereka menjadikan kuliah ini satu realiti. Kepada yang berminat sila berjumpa dengan mana - mana warga pondok 5.

Ringkasan Hidayatus Salikin:

Judul lengkap kitab nie ialah Hidayatus Salikin fi Suluk Maslakil Muttaqin “Petunjuk bagi orang yang berjalan kepada Allah taala”. Kitab ini merupakan terjemahan al-Alamah Syeikh Abdus-Shamad al Falimbani rahimahullahu taala daripada kitab “Bidayatul Hidayah”, sebuah kitab ringkasan terhadap kitab “ihya Ulumiddin” karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullahu taala, beliau juga banyak membuat tambahan-tambahannya yang juga diambil dari karangan Imam al-Ghazali rahimahullahu taala.

Terkandung dua bab didalamnya yang dimulai dengan Mukadimah.
Bab 1: Akidah Ahli Sunah Wal jamaah
Bab 2: Menyatakan taat yang zahir

Turut disertakan dua buah manuskrip:
1.Zahratul Murid
2.Najatul Ikhwan


Hidayatus Salikin Jilid 2
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: TG Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 271 mukasurat

Sambungan pada bab ke 3 hingga bab ke 5..
Bab 3: Menyatakan Maksiat yang zahir
Bab 4: Menyatakan Maksiat yang batin
Bab 5: Menyatakan taat yang batin

Turut disertakan tiga buah manuskrip:
1.Fat-hur Rahman Ibnu Ruslan.
Yang diberi gantung melayu oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
2.Lubabut Tasawuf / Syarbul Muntahi.
Karya Syeikh Ibrahim Bin Hasan al-Kurani diberi gantung melayu oleh Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri
3.Tuhfatul Mursalah
Karya Syeikh Muhammad bin Fadhullah al-Burhanpuri al-Hindi diberigantung melayu oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani


Hidayatus Salikin Jilid 3
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: TG Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 284 mukasurat

Sambungan pada bab ke 6 dan bab ke 7..
Bab 6: Menyatakan tentang Zikir dan Kemuliaannya
Bab 7: Menyatakan Adab bersahabat

Turut disertakan cetekan jawi melayu kitab Hidayatus Salikin


Hidayatus Salikin
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam
Keluaran: Khazanah Banjariah dan Pustaka Suhbah
Halaman: 332 mukasurat

Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullahu taala berasal dari Palimbang Sumatra, Indonesia. Gelaran al-Falimbani itu bersempena dengan nama tempat kelahirannya di Palimbang, Indonesia. Kitab ini adalah diantara sekian banyak karangan ulama Nusantara yang telah diberi berkat oleh Allah taala, sehingga ia terus dibaca di pondok-pondok, surau-surau, masjid-masjid dan majlis taklim.


Wallahualam...

TAMAN SEPADU

Assalamualaikum,

This blog develop by Taman Sepadu citizen and dedicated for Taman Sepadu. Hopefully we are bersepadu in every events. This is the first step in order to publish our voice in this universe.

Wassalam...