Tuesday, October 26, 2010

Jamuan Hari Raya

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kejiranan dari Jalan Sawi 2,3,4,5 kerana telah berjaya mengadakan Jamuan sempena hari Raya Aidilfitri dengan meriah dan jayanya untuk kali yang kedua.Segala sumbangan berbentuk wang ringgit,makanan,tenaga amatlah kami hargai ,semoga ikatan persaudaraan sesama kita dan ukwah berkekalan dan budaya ini dapat diteruskan untuk tahun yang mendatang.
_____________________________________________________
Jawatankuasa terlibat : PakTam,Hady,Sayuthi,Usop,Fahmi,Fauzi,Ust Amir,Ust Sarbini,Ust Sham,Rani,Jasmin,Suhairi,Sofi,Isa,Nasrul,Shamsul,Janggut,Elly,Mazari,Jasni,Amiruddin,Zakaria,KakUmi,

Perjumpaan RT Taman Sepadu.

Perjumpaan RT untuk membincangkan tarikh mesyuarat Agung yang pertama dan agenda yang bakal dilaksanakan :-
Tarikh : 31.10.2010 [Ahad]
Masa : 09.00am
Tempat : Dewan Lama,Taman Sepadu

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Asri

Monday, October 25, 2010

Aturcara Majlis

16.11.10
9.00am ~ 11.00pm -Bergotong-royong memasang khemah
9.00pm ~ 12.00pm -Takbir raya di pondok 5,kupas kulit bawang/Ubi/lain2.
17.11.10
8.30am -Sembahyang Hari Raya,Masjid Jamek,Tasek Gelugor.
9.00am -Ke tempat sembelihan,Pokok tampang [Rumah bapak Janggut]
11.00am ~ 3.00pm -Persedian memasak,secara bergotong-royong dikelola oleh Pak Abas & Radhi (Suspek)
Menu
-Nasi Minyak -PIC - Pak Abas/Radhi(Suspek)
-Ayer Asam -PIC - Radhi
-Daging Rebus/Sup - PIC-Hady/Sayuthi-Secara bergotong Royong

4.30pm -Jamuan/Kenduri.
10.00pm -Majlis bersurai.

Turut mengundang Hady/Rani/Nasrul/Sayuthi/Usop/Shamsul/Emak Sayuthi.

Sunday, October 24, 2010

Program Hari Raya Korban

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa Jalan Sawi 4 akan mengadakan program Raya Korban 17hb Oktober 2010. Kenduri akan diadakan selepas Solat Asar. Lokasi majlis kenduri adalah dihadapan rumah No 45/47 Jalan Sawi 4. Tuan - tuan dan puan-puan dijemput untuk meramaikan majlis kenduri yang diadakan nanti. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Hady - 019 - 4603329
Rani - 012 - 4495794
Usop - 012 -5671585
Janggut - 019 - 5931221

Dimaklumkan juga, sekiranya ada sesiapa yang mempunyai minat untuk melakukan korban, masih ada peluang (tetapi tidak termasuk didalam program kenduri). Sila hubungi kami sekiranya anda berminat.

Thursday, October 14, 2010

Tazkirah Jumaat

Salam,

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

WASSALAM