
Assalamualaikum,
Dimaklumkan bahawa syarah kitab Hidayatus Salikin akan bermula tidak lama lagi.
Kitab ini akan disyarah oleh Yang Bahagia Ustaz Syabani.
Tajuk: Hidayatus Salikin
Karangan: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Terima Kasih diucapkan kepada pihak Pondok 5 atas usaha mereka menjadikan kuliah ini satu realiti. Kepada yang berminat sila berjumpa dengan mana - mana warga pondok 5.
Ringkasan Hidayatus Salikin:
Judul lengkap kitab nie ialah Hidayatus Salikin fi Suluk Maslakil Muttaqin “Petunjuk bagi orang yang berjalan kepada Allah taala”. Kitab ini merupakan terjemahan al-Alamah Syeikh Abdus-Shamad al Falimbani rahimahullahu taala daripada kitab “Bidayatul Hidayah”, sebuah kitab ringkasan terhadap kitab “ihya Ulumiddin” karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullahu taala, beliau juga banyak membuat tambahan-tambahannya yang juga diambil dari karangan Imam al-Ghazali rahimahullahu taala.
Terkandung dua bab didalamnya yang dimulai dengan Mukadimah.
Bab 1: Akidah Ahli Sunah Wal jamaah
Bab 2: Menyatakan taat yang zahir
Turut disertakan dua buah manuskrip:
1.Zahratul Murid
2.Najatul Ikhwan

Hidayatus Salikin Jilid 2
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: TG Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 271 mukasurat
Sambungan pada bab ke 3 hingga bab ke 5..
Bab 3: Menyatakan Maksiat yang zahir
Bab 4: Menyatakan Maksiat yang batin
Bab 5: Menyatakan taat yang batin
Turut disertakan tiga buah manuskrip:
1.Fat-hur Rahman Ibnu Ruslan.
Yang diberi gantung melayu oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
2.Lubabut Tasawuf / Syarbul Muntahi.
Karya Syeikh Ibrahim Bin Hasan al-Kurani diberi gantung melayu oleh Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri
3.Tuhfatul Mursalah
Karya Syeikh Muhammad bin Fadhullah al-Burhanpuri al-Hindi diberigantung melayu oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani

Hidayatus Salikin Jilid 3
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: TG Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 284 mukasurat
Sambungan pada bab ke 6 dan bab ke 7..
Bab 6: Menyatakan tentang Zikir dan Kemuliaannya
Bab 7: Menyatakan Adab bersahabat
Turut disertakan cetekan jawi melayu kitab Hidayatus Salikin

Hidayatus Salikin
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam
Keluaran: Khazanah Banjariah dan Pustaka Suhbah
Halaman: 332 mukasurat
Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullahu taala berasal dari Palimbang Sumatra, Indonesia. Gelaran al-Falimbani itu bersempena dengan nama tempat kelahirannya di Palimbang, Indonesia. Kitab ini adalah diantara sekian banyak karangan ulama Nusantara yang telah diberi berkat oleh Allah taala, sehingga ia terus dibaca di pondok-pondok, surau-surau, masjid-masjid dan majlis taklim.
Wallahualam...